Artikel Menarik

06 December 2013

Tiga Lamborghini Hangus Kemalangan Di Highway Seremban (7 Gambar)

Sesiapa yang melalui Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Seremban pagi tadi, pasti terperangkap dalam jem teruk.

Puncanya macam biasa, kemalangan.

Tapi kemalangan di Kilometer 260 jam 9.55 pagi ini boleh kata agak ‘lain sikit’ kerana ia membabitkan tiga kereta mewah yang hangus terbakar.

Kereta mewah yang terlibat pula bukan calang-calang, Lamborghini yang dipercayai milik warga Singapura yang sedang dalam perjalanan konvoi ke Kuala Lumpur.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis, kemalangan dipercayai bermula apabila salah satu kereta terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya menyebabkan dua kereta di belakangnya terpaksa merempuh kereta berkenaan seterusnya menyebabkan kebakaran.

Dua jentera bomba bersama 14 anggota tiba segera berkejar ke tempat kejadian dan tiba tujuh minit kemudian tapi waktu ini tiga kenderaan mewah terbabit dah pun hangus terbakar.

Pemandu dan penumpang bagaimanapun sempat menyelamatkan diri.

Kalau kereta mahal yang mempunyai sistem keselamatan baik pun kantoi dalam cuaca tak menentu sekarang, apatah lagi kereta ‘biasa’ macam kebanyakan kita guna.

Jadi kepada para pemandu, hati-hati sebab kemalangan tidak semestinya berpunca daripada jentera yang kita guna tapi mungkin juga keadaan jalan atau sikap kita sendiri ketika memandu.

Di bawah, kami sertakan gambar kemalangan Lamborghini pagi tadi. – REM RAMZI







Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment