Artikel Menarik

01 July 2014

10 Fakta Menarik Mengenai Bubba Watson

Bubba Watson pakai jam berharga lebih RM1 juta

SELAIN daripada Tiger Wood, para peminat sukan golf pasti mengenali Bubba Watson yang merupakan pemain kidal yang mempunyai pukulan tee paling jauh di dunia.

Berikut 10 fakta menarik mengenai Bubba Watson

1. Bubba Watson bukan nama sebenar beliau. Nama sebenarnya Gerry Lester Watson Jr di Bagdad, Florida pada 5 November 1978. Beliau mendapat gelaran Bubba sempena nama bekas pemain American Football, Bubba Smith.Dia menduduki tempat kelima dalam Terbuka AS 2007 dan menjadi naib juara Kejuaraan PGA pada 2010 tetapi kemenangan di Masters adalah gelaran Major pertama sepanjang kariernya.

2. Biasanya barangan paling mahal yang dibawa seseorang pemain golf adalah driver, tetapi bagi Bubba beliau mempunyai citarasa yang menarik kerana memakai aksesori yang mahal di pergelangan tangan kirinya iaitu seutas jam yang direka secara ekslusif oleh Richard Mille. Mille hanya membuat 38 utas jam berkenaan dan ia dinamakan "RM 038". Dengan harga setinggi AS$525,000 (RM1.6 juta) anda mungkin perlu menjadi seorang juara untuk memilikinya.

3. Watson secara rasminya adalah pemukul drive paling jauh dalam PGA sepanjang 2012 dengan purata 309.9 ela. Dia memberi gelaran "Bubba Long" kepada dirinya sendiri kerana kemampuan membuat pukulan jauh dari tee tetapi tahun ini dia menggelar dirinya "Bubba Long in Pink" kerana menggunakan driver yang dicat warna merah jambu.

4. Dia bekerjasama dengan penaja dan pembekal driver PING untuk menubuhkan "Bubba and Friends drive to a million" di mana syarikat itu mendermakan AS$300 (RM923) untuk 300 pukulan awal sejauh 300 ela dalam kejohanan sepanjang 2012.

5. Watson memiliki kereta paling popular dalam sejarah televisyen, sebuah kereta Dodge Charger jingga edisi 1969 atau dikenali sebagai "The General Lee", popular dalam siri televisyen The Dukes of Hazzard.

Dia membelinya selepas membuat perjanjian dengan isterinya bahawa dia akan membeli kereta itu selepas memenangi acara PGA pertamanya. Kereta itu dibeli pada harga AS$110,000 (RM338,569).

6. Isterinya, Angie Watson adalah bekas pemain bola keranjang di Amerika Syarikat. Angie bermain mewakili Universiti Georgia sebelum bermain secara profesional di Eropah dan NBA Wanita di AS.

7. Pasangan berkenaan memulakan hidup berkeluarga selepas mengambil anak angkat, Caleb. Selepas kemenangan Masters.

8. Watson menyertai kumpulan nyanyian bernama The Golf Boys yang disertai rakan pemain golf iaitu Hunter Mahan, Ben Crane dan Rickie Fowler. Mereka merekodkan single 'Oh Oh Oh' lengkap dengan muzik video yang dihasilkan secara profesiona

9. Sensasi pop dunia, Justin Bieber mendedahkan dalam satu wawancara baru-baru ini bahawa dia dan Watson kini bersahabat baik selepas bertemu pada hari selebriti golf.

10. Watson berdepan kontroversi yang tidak disengajakan Julai lalu apabila komennya kerana gagal melepasi had kelayakan Terbuka Perancis dikritik media dan peminat.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment