Artikel Menarik

06 October 2014

Gambar Selfie Terakhir Mangsa Sebelum Maut Terowong Menora

Gambar selfie terakhir mangsa sebelum maut atau terkorban kemalangan berdekatan Terowong Menora KM256 Lebuhraya PLUS ke Kuala Kangsar sehari sebulan Aidiladha 2014.

Seperti sedia maklum, kemalangan maut yang mengorbankan dua beranak pada 4 Oktober 2014 lalu kini trending dilaman sosial apabila kedua mangsa maut berikutan sebuah lori mengalami masalah brek lalu merempuh kenderaan yang dinaiki mangsa.

Beberapa kenderaaan lain turut terbabit dalam kemalangan tersebut namun kesemua mangsa lain hanya mengalami kecederaan. Dua beranak maut tersebut dikenalpasti sebagai Siti Yuslianis Roslan, 20, dan ibunya Norhayati Wook, 50, yang berada di tempat duduk belakang kereta berkenaan.

Sementara itu, pemandu kereta Muhammad Yusriman, 23, dan abangnya Muhammad Yusrizal, 25, mengalami cedera ringan manakala adik mereka Siti Yusliana, 12, mengalami luka di bahagian tumit kaki.

Difahamkan lima sekeluarga dalam perjalanan pulang ke kampung halaman menuju ke Kuala Kangsar untuk menyambut Aidiladha yang jatuh pada 5 Oktober 2014.



Gambar Selfie Terakhir Mangsa Kemalangan Terowong Menora 4 Oktober 2014








Gambar Nahas Dua Beranak Maut Sehari Sebelum Aidiladha 2014






Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment