Artikel Menarik

23 February 2011

Perkara Yang Makin Kuat Terjadi Pada Orang Tua

Tak tau la nak kata apa... agaknya makin tua makin buang tabiat kot ataupun tension terlalu banyak kot tapi nak tension tentang apa? Lantak la, janji hepi dan jangan la sampai menyusahkan orang lain yang berada di sekeliling.

KUAT MENGUMPAT
Sebagai contoh satu hari pasti tak lengkap hidup ni kalau tak mengumpat anak jiran tetangga kepada jiran-jiran lain.

KUAT TIDUR
Sebagai contoh bila ditanya, "Mana ibu dan ayah kamu?" maka si anak menjawab, "Ada kat rumah; tidur," Sah la menunjukkan orang tua sekarang memang kuat... tapi kuat tidur.

KUAT BERJALAN

Bukan berjalan pagi-pagi, tu senaman namanya tapi makan angin. Tengok aje la kalau ada rombongan yang naik bas, yang pergi rata-ratanya orang tua.

KUAT BERTANDING
Dah tua-tua takde keja nak buat, time ni cari la kerja seperti tanam bunga, tukar langsir... kemudian cerita kat jiran kemudian gaduh dan kemudia masing-masing bertanding sampai pokai laki.

KUAT MEMBEBEL
Biasa la... anak, cucu dan cicit bertambah ramai maka secara otomatik orang tua akan kuat membebel, Macam-macam karenah anak, cucu dan cicit buat... cakap baik-baik memang diorang tak nak dengar, lepas kena bebel baru la diorang nak duduk diam.

Ingat! Tak semua orang tua sebegini, cuma ada sesetengah sahaja! Biasalah tuh! Lumrah kehidupan dan semua orang akan laluinya nanti! So, bersabarlah! HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment