Artikel Menarik

24 February 2011

Pesan Bonda

Maka adanya telah berperi sang bonda kepada anakandanya pada suatu hari. Akan dendang pesannya adalah seperti arakianlah bunyi ingatannya. Semoga dapat juga menjadi panduan sekalian yang ada hendaknya.

1) Duhai anakandaku, jikalau tak tertanggung engkau menahan kesedihannya usalah dipendam di dalam hati nescaya matilah jiwamu kelak, merana badan. Hendaklah engkau menangis semahunya kerana ia dapat mengurangkan rasa gundah gulanamu serta mengurangkan gelsisah dirimu tapi jangan over sangat nanti orang kata mengada pulak.

2) Akan jika anakanda bergembira suka, tapi mengapa kalau hendak bergembira tertawa sampai terbahak-bahak jugak adanya selagi tidak sampai boleh membuat dirimu menjadi mudarat. Kelah yang rugi kamu jugak jika ditahan ke wad giler.

3) Jikalau meluap rasa amarahmu bagai tak tertahan lagi maka hamburkanlah dengan cermat kerana jika didiamkan maka menjadi bak api di dalam sekam, membakar dalam diam. Namun berpada-padalah dalam melepaskan marahmu, jangan anakanda pikerkan marah anakanda sorang aje. Silap hari bulan keluar surat khabar front page berita anakanda menetak orang dan orang menetak akanda.

4) Tetapi andainya wujud perasaan malu dalam sanubarimu wahai anakandaku, maka berhati-hatilah. Pilihlah langkah yang bijaksana, usah pulak anakanda berandi mempamerkan kemaluan anakanda itu, nanti dikata dek orang..... "Anak siapalah ini?" Buat malu bonda je.

Korang perlu beringat kerana pesan bodan amat berharga dan tinggi nilainya! Jadi janganlah derhaka kepada ibu sekalian dan patuhi nasihat mereka jikalau mereka memberi nasihat yang benar.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment