Artikel Menarik

18 June 2011

Perkara Mustahil Tetapi Boleh Berlaku

Mesti korang merasakan hairan dengan tajuk kali ini kerana ada perkara di dalam dunia ini yang mustahil tetapi boleh berlaku. Korang agak-agak apa dia perkara tersebut? Jom kita baca dan lihat perkara kat bawah ini.

1) Kekukuhan sebeuah institusi keluarga yang macam isi dengan kuku boleh bergolak hanya kerana merebut harta pusaka.

2) Perjalanan balik dari opis yang biasa 10 minit boleeh menjadi sejam atau lebih disebabkan kesesakan lalu lintas atau kemalangan.

3) Korang diisytiharkan memenangi RM 10 ribu, padahal tak pernah pun memasuki apa-apa pertandingan.

4) Atuk korang yang kubur kata mari, rumah kata pergi khawin lagi... dengan anak dara pulak tuh.

5) Baru satu hari nikah dah mintak cerai, walhal bercintan-cintun bertahun-tahun.

6) Semua orang pergi kerja naik basikal. Malas dah naik kereta pasal makin besar jalan, kereta makin banyak dan kesesakan bertambah teruk.

7) Walaupun dah tampal nota, dah kunci alarm jam tapi lupa jugak nak ucapkan selamat ulang tahun kepada orang tua sendiri... pasangan ingat pulak.

8) Seorang yang tidak kuat berlari tiba-tiba secara automatik memecut lari dengan laju macam tak cukup tanah apabila dikejar dengan anjing atau ternampak hantu.

Pada pendapat korang apakah dia perkara-perkara mustahil yang tidak mustahil boleh berlaku? Jika ada jangan segan silu nak kongsikan bersama.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

5 comments: