Artikel Menarik

17 June 2011

Perbezaan Staff Baru Dan Lama

Kali ini korang bukan akan dihidangan dengan kambing panggang tapi tentang bagaimana nak membezakan staff baru dan staff lama. Kalau korang seorang staff lama... cuba korang kenang balik masa mula-mula korang jadi staff baru.

STAFF BARU
Pintu office tak bukak lagi korang dah tercongok kat luar menunggu pintu dibuka. Bimbang terlewat dan tercalar reputasi.
STAFF LAMA
Pintu utama opis dah nak tutup baru korang sampai kononnya beralasan nanti korang akan balik lewat...eleh, hampeh!


STAFF BARU
Muka sentiasa manis menyambut pelanggan yang berurusan dengan korang.
STAFF LAMA
Muka kelat masam mencuka kerana mencampurkan masalah peribadi hingga urusan dengan pelanggan pun menjadi pahit dah menambah tension.

STAFF BARU
Ke tempat kerja naik kenderaan awam, pinjam kereta keluarga atau rayu ihsan bapak hantarkan.
STAFF LAMA
Pergi kerja naik kenderaan sendiri, kalau member nak tumpang disuruh isikan minyak... nak save budjet katanya.

STAFF BARU
Task banyak bercakap, apa saja yang diarah pasti akan dilaksanakan... senang cakap bagi apa kerja pun dia akan buat.
STAFF LAMA
Suruh siapkan kerja, bertangguh... pandai menjawab pulak tuh. Kalau buat pun muka ketat dan sendat... buat kerja asal siap jer.

STAFF BARU
Bila bertegur sapa sentiasa dengan hormat dan bersabar bila ditegur pasal kerja.
STAFF LAMA
Bila dah lama dah mesra makin kurang ajar dan hilang sopan santun. Perasaan dah senior la tuh.

Itulah beza diantara staff baru dan staff lama, begitu banyak perbezaan kalau nak diperhatikan kerana ingat apa? ingat orang lama, ilmu banyak! kerek la tuh! tetapi kena ingat juga... perasaan hormat kepada orang itu mesti ada... tidak kiralah pangkat apa sekalipun kerana itulah ketentuan untuk hidup di dunia ini.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

6 comments:

  1. yg bru 2 pun ..lama2 kalu dah asik trikut prgai yg lama..pun alan jdi sbijik mcm prgai yg lama..he..he.

    ReplyDelete
  2. @sobri yaacob - jadi.. yang baru akan jadi lama.. yg lama susah nak jadi baru! ehehe

    ReplyDelete
  3. terpanggil nak komen kat sini..list kat situ suma hmpir sama...cuma dtg lewat 2 jewk..bila dah staff lama mestila tunjuk contoh baek kan?mcm kenderaan 2 standardla kan naek kereta kt dah keje lame memg dptla nk bli kete klu xdpt beli ape2 2 memg duit kerja 2 sia2 jela...tpi kena igt jugak klu xde pekerja baru xdela pekerja lama..:)

    ReplyDelete
  4. @Mila Ahmad - btul jugak tuh.. yang difokus disini ialah daripada kematangan fikiran dan kerajinan bekerja.. :D

    ReplyDelete
  5. tak kira le staff baru ke staf lama tapi kerja kena ikhlas kerana Allah...baru ada berkat...

    ReplyDelete