Hari Raya Pertama bersama keluarga dan Hari Raya ke-2 bersama dengan rakan-rakan..
Daripada pagi hingga lah ke petang dan langit pun kelihatan gelap sedikit dan kemungkinannya nak malam iaitu waktu senja, aku merayau-rayau bersama rakan ku.
Satu rumah ke satu rumah kami terjah dan amat menyeronokkan walaupun kepenatan melanda kerana pada Hari Raya ini kita perlu beraya dengan bersungguh-sungguh dan jumpa balik rakan-rakan lama yang mana terpisah lama. Memang! sungguh! teramat seronok! HAHA!
Tapi yang tak bestnya, tak dapat duit raya pun. Ha la... dah besar dah nak duit raya apa lagi tetapi aku masih tidak bekerja. HUHU!
Itu semua aku tak kisah janji dapat jumpa rakan seperjuangan yang lama-lama dulu yang lebih kurang 2-3 tahun tak jumpa...
Aku harap raya anda tahun ini pun sebegitu rupa... walaupun penat dan letih beraya tetapi dapat manfaat yang bagus dan berguna. HEHE!
Itu sahaja untuk hari ini... semoga kita berjumpa lagi.. (macam ayat nak pergi lama pulak! HAMPEH!)
No comments:
Post a Comment