1) Letak lukisan air brush potret sendiri atau famili kat bonet depan kereta ataupun kat pintu kereta supaya lebih cantik dan menarik.
2) Letak lampu kelip-kelip, siap dengan muzik hari raya sekeliling kereta sempena menyambung apa-apa perayaan.
3) Letakkan kerusi urut menggantikan kerusi yang ada supaya senang dan tidak lenguh badan jikalau jalan jauh seperti utara pergi ke selatan.
4) Letakkan TV plasma 42 inci supaya senang menonton cerita kegemaran di mana saja dengan puas hati.
5) Letakkan bunga-bunga di sekitar kereta saya supaya nampak lebih menarik dan menabjukkan.
6) Letakkan loceng di pintu kereta, sesiapa yang nak masuk kereta kena tekan loceng dahulu.
7) Letak bakul atau raga kat bonet depan seperti motosikal yang kadang-kadang orang pakai sebagai bakul tambahan.
8) Warnakan kereta dengan pelbagai warna dengan tayar-tayarnya sekali supaya nampak sepadan dan satu warna sahaja dipamerkan.
Terdapat pelbagai-bagai lagi idea yang menarik untuk mencantikkan kereta ini dan yang paling best ialah letak peralatan yang jarang atau tidak langsung orang pakai supaya nampak keunikkan dan keajaiban yang berlaku pada kereta tersebut. Tidak kiralah habis tutup satu kereta ataupun tidak dan yang penting adalah berpuas hati dengan apa yang dilakukan.
No comments:
Post a Comment