1) BOLEH MASUK KERJA IKUT SUKA... bos tak marah. Kalau tak nak datang pun bos buat tak tahu sahaja tapi gaji tetap jalan seperti biasa.
2) Kalau boleh nak KENDERAAN DISEDIAKAN ke mana pun saya nak pergi. Tak kisahlah apa jawatan dalam pejabat tuh semua ada kenderaan sendiri. Nak lagi best kompeni takkan ambik balik kenderaan tuh, kira hadiah kepada stafnya yang disayangi.
3) BOLEH AMBIK GAJI SESUKA HATI, tak payah nak tunggu hujung bulan. Rasa-rasa tak cukup, masuk je bilik bos mintak duit tunai... tak payah bayar balik pulak tuh.
4) Nak MAKANAN DAN MINUMAN DISEDIAKAN, semua dihidangkan ala hotel, siap berpakej dengan makan malam bersama keluarga lagi.
5) Setiap staf ada BILIK DAN SECRETARY, di tambah pula dengan bilik yang lengkap dengan TV, sofa, bilik air, katil dan set karaoke... senang nak hilangkan tension.
6) Ada kemudahan BERSHOPPING, tak payah susah-susah nak keluar beli barang. Semuanya ada dalam pejabat, lepas tuh barang-barang tuh semua main ambik je dan tak payah bayar langsung pun.
7) Buat kelainan, nak naik tingkat paling tinggi ke naik lift tapi kali ini saya nak PERGI PEJABAT NAIK ROLLERCOSTER dan itu merupakan paling senang seperti bekerja sambil berhibur.
8) Sebulan sekali adakan FAMILY DAY DI LUAR NEGARA. Seratus peratus perbelanjaan ditanggung kompeni termasuklah pemberian buah tangan kepada jiran.
9) Yang terakhir nak RAKAN SEKERJA MACAM MODEL, termasuklah mak cik kantin, akak cleaner dan akak yang jual sirap depan pejabat. Barulah semangat nak datang pejabat walau di hari cuti.
Jikalau semua itu ada dalam pejabat yang realiti, sungguh indah dunia ini dan ingat! semua itu hanyalah khayalan dan tidak mungkin jadi kenyataan dan itu merupakan satu idaman sahaja. Sesungguhpun kalau jadi realiti, teramatlah bertuah di dunia ini. HAHA!
first!!!!
ReplyDeleteaku dengan bangganya menjadi pengomen pertama!