"Dusyum!"
Bunyi penumbuk atau orang kena belasah. Lebam biji mata!
"Tebabow!"
Bunyi letupan kuat contohnya mercun atau bom. Sepupu sepapat "Bang Bang Boom"
"Kapow!"
Bunyi yang kuat atau perbuatan memusnahkan sesuatu secara keseluruhan. Bukan bunyi tembakan peluru kapur ye.
"Gulp!"
Bunyi sedang menelan. Telan air liur pun dikira juga.
"Zzzz..."
Maksudnya sedang tidurzzz... lagi mahu tahu ka?
"Toing!"
Bunyi lompatan, loncatan atau lonjatan. Contohnya katak atau kodok tetapi bukan cekodok.
"Whoa!"
Bunyi orang merasa kagum atau takjub. Bukan taksub ye. Itu sudah lain.
"Grrr!"
Bunyi seseorang atau seseekor sedang marah, geram atau bengang. Grrr... mungkin bunyinya datang dari gigi grrraham (geraham).
Istilah dalam kartun ini begitu banyak sekali dan yang di atas ini merupakah salah sedikit daripada istilah perkataan ataupun ayat dalam kartun yang sering dipaparkan pada komik, kartun dalam tv, cerita kartun dan selanjut yang mengenai kartun...
No comments:
Post a Comment