Bulan Ramadhan Al-Mubarak telah kembali sekali lagi untuk kita kerana diberi peluang untuk menikmati bulan yang paling mulia ini iaitu bulan ramadhan kerana disini segala amalan kita lakukan amatlah besar daripada hari-hari biasa.
Oleh itu, kita sentiasalah membuat kebaikkan dan sentiasa dekatkan diri dengan ALLAH S.W.T. supaya segala amalan kita pada bulan Ramadhan ini adalah berkat dan sentiasa mendapat ganjaran yang besar iaitu pahala daripada segala apa yang kita lakukan.
Sekejap sahaja masa berlalu dan sekarang ini masuk bulan Ramadhan untuk kita berpuasa. Apakah yang dimaksudkan berpuasa? Menahan diri daripada lapar daripada terbitnya fajar dan terbenamnya matahari.
Bulan Ramadhan inilah kita dapat mengerti dan mengajar kita untuk sentiasa didalam kesusahan walhal anda seorang yang senang kerana disitulah kita sentiasa kena bersedekah kepada yang berkemampuan dan lakukan amal kebajikan supaya rezeki kita berlimpah luah selepas itu.
Tidak lupa juga, pada bulan Ramadhan ini jugalah pelbagai-bagai kemalangan yang kita dengar termasuklah di dalam surat khabar ataupun daripada perbualan dan juga sumber-sumber lain. Sentiasalah berwaspada daripada apa-apa kemalangan serta perkara-perkara lain yang boleh menyebabkan ancaman pada diri sendiri seperti bermain bunga api, mercun dan lain-lain lagi.
Semoga Ramadhan kali ini penuh bermakna buat kita semua dan InsyaAllah dan ini bukanlah Ramadhan kita yang terakhir dan sentiasa berdoa agar dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta perkara-perkara yang baik lagi. Amin...
selamat berpuasa!!!
ReplyDeleteselamat berpuasa jugak ;)
Delete