Kita dapat melihat pelbagai-bagai ragam manusia yang digelar pelajar di dalam politeknik ini kerana ada yang tertekan kerana perlu sambung belajar balik, malas kerana perlu bangun awal pagi, bosan kerana tidak bersedia untuk sambung belajar dan juga lain-lain lagi setelah cuti semester selama 2 bulan iaitu hanya duduk di kampung halaman masing-masing tidak melakukan pelbagai aktiviti yang perlu untuk belajar dan balik ke politeknik adalah tujuannya untuk memecahkan kepala akal fikiran untuk belajar menjadi pelajar yang cemerlang. HEHE!
Sebentar tadi pengalaman aku yang tidak boleh aku lupakan ialah aku melihat pelajar junior iaitu semester 1 kena berlari seluruh padang dan boleh dikatakan beberapa pusingan padang perlu di tempuhi oleh mereka dan itu merupakan senaman pagi buat kerana kerana minggu ini ialah Minggu Suai Kenal (MSK) bagi pelajar baru di seluruh politeknik satu malaysia jikalau tidak silap. Selepas mereka pusing padang Politeknik Seberang Perai (PSP) mereka kena lari satu politeknik kerana mengadakan Explore Race kawasan baru yang belum pernah mereka jejaki. Oleh itu, aku dapat lihat mereka bersepah di sana sini dengan memakai baju PoliBriged iaitu berwarna biru.
Sebelum itu, subjek yang perlu aku ambil pada semester ini sungguh mencabar kerana kelas terlalu padat macam tin sardin. Hari ini pagi sampai ke petang dan hanya rehat sejam sahaja kelasnya. Tetapi Penasihat Akademik (PA) aku memberitahu bahawasanya hanya ada tiga subjek sahaja untuk Peperiksaan Akhir dan selebihnya hanyalah Pembelajaran Berterusan sahaja. Kesemuanya 9 subjek dan kemungkinan akan menjadi 10 kerana satu lagi untuk tambah ialah Malaysian University English Test (MUET).
Tarikh pendaftaran MUET bagi sesi Sesi November 2012 akan dibuka pada 19 Julai 2012 untuk pelajar Politeknik Seberang Perai. Semoga aku berharap aku dapat mendaftar MUET dan segalanya berjalan dengan lancar kerana politeknik selalunya terhad untuk pelajar. Yang mana datang awal dan beratur akan diberi peluang dan datang lambat tidak mempunyai apa-apa peluang untuk daftar. Diharapkan tiada masalah apa yang berlaku ketika aku hendak pergi daftar kelak. Amin...
hehehe.. mesti banyak awek2 freshie yang comel2 tu..hehehe
ReplyDeletehehe . semestinya . lol ~
Delete