Artikel Menarik

11 August 2012

Alasan Tidak Berpuasa

Tidak payah dan perlu hendak cakap banyak kalau payah dan perlu hendak tulis kata-kata aluan yang berjela-jela, anda baca sahajalah alasan-alasan tidak puasa di bawah ini sahaja, semoga kita semua tidak menjadi macam mereka ini...

1) "Saya ada penyakit gastrik... Kalau tidak percaya, tengok surat pengesahan doktor yang saya baru beli minggu lepas ini."

2) "Saya ingat ini bulan Muharam, rupanya bulan Ramadhan! Patutlah ada orang sebut "dan-dan" dekat saya tadi. Ingatkan mereka sebut nama saya pasal nama saya Hamdan."

3) "Saya dah banyak puasa sunat bulan Rejab, kira ganti untuk bulan Ramadhanlah itu. Tidak boleh ke saya buat macam itu?"

4) "Saya nampak banyak makanan terbiar di atas meja lepas sahur malam tadi. Saya pun makanlah sebab tidak hendak membazir. Membazir itukan amalan syaitan?"

5) "Jadi saya berdarah tadi sebab terpotong dengan kertas. Terus batal puasa saya. Orang perempuan keluar darah itu tidak puasa, boleh pulak? Ini satu diskriminasi" (Wak luuu!!!)

Bermacam-macam lagi alasan orang yang tidak berpuasa ini dan pelbagai-bagai lagi perkara-perkara yang boleh dijadikan sebab mereka untuk tidak berpuasa dan ini merupakan taktik dan muslihat yang dicakapkan dan dilakukan untuk menyelamatkan diri dariapda tertangkap dan selanjutnya...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

2 comments:

  1. Hahaha....apa pun puasa Di bulan ramadhan wajib...no excuse

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuh. tiada lagi alasan untuk tidak berpuasa...

      Delete