Artikel Menarik

11 August 2012

Misteri Bulan Puasa

Walaupun di bulan puasa, tidak semestinya anda tidak boleh berjumpa perkara misteri ini. Berikut disenarikan benda-benda misteri yang selalu kita jumpa apabila tiba pada bulan puasa iaitu bulan ramadhan...

1) Pekerja-pekerja lelaki yang tidak sepatutnya duduk dekat pejabat, asyik hilang-hilang macam biskut. Alasannya solat sunat padahal sebelum ini solat pun tidak pernah.

2) Terdengar bunyi pinggan berlaga dan kipas berpusing dengan sendirinya dalam kedai yang tertutup. Siap ada bau megi goreng lagi!

3) Para wanita yang pandai buat silap mata iaitu dengan membuka aurat sebelum berpuasa, menututp aurat semasa berpuasa dari membuka aurat balik lepas puasa. Misteri sungguh!

4) Rumah sebelah selalu dikunjungi oleh budak-budak. Siap ada modus operandi lagi! Budak ini datang pagi, budak itu datang tengah hari dan budak lepas itu datang petang.

5) Pekerja yang seama ini tidak pernah bawa beg ke tempat kerja, tiba-tiba usung beg ke sana ke mari serupa jurujual langsung.

Banyak sungguh misteri di bulan puasa ini sebenarnya dan memang sungguh banyak sehinggakan yang misteri ini pun kita tidak tahu ianya misteri ataupun tidak kerana agak pelik sedikit ada misteri di bulan puasa ini sedangkan syaitan semua sudah diikat...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment