Artikel Menarik

12 August 2012

Di Sebalik Puasa

Kenapakah perut lapar? Kenapakah tidak boleh minum pula? Kenapakah tidak boleh mengumpar, melihat benda yang bukan-bukan? Kenapakah tidak boleh pulak??? Ooo... bulan pasa laaa... patut la magik betul bulan puasa, semua jadi baik. Ada juga perkara-perkara misteri di sebalik puasa. Sementara anda menunggu waktu berbuka, mari baa serba sedikit perkara-perkara di sebalik puasa.

1) Antara kelebihan puasa ialah dapat mengubah perasaan seseorang... ada yang gembira, terharu, bersyukur kerana dipanjangkan umur dan ada juga yang mula resah serta risau takut dipendekkan umur hanya kerana tidak dapat makan di siang hari.

2)
Klinik antara destinasi yang mendapat tempat di kalangan masyarakat yang mempunyai masalah sistem perut. Surat akuan penyakit gastrik menjadi lesen besar untuk membeli nasi di siang hari. Ingat, dekat akhirat surat itu tidak laku yer!

3) Mula mencari-cari kembali kopiah dan al-Quran yang sudah berhabuk serta alamat terkini masjid yang berdekatan. Secara automatik dapat menghafal penuh waktu maghrib dan subuh.

4) Kelihatan kanak-kanak lebih menghargai jari-jemari kerana dalam bulan puasa juga jari jemari mereka akan menjadi korban tertinggi kerana tersalah bakar mercun berpakej dengan jari.

5) Timbulnya kebolehan berniaga di kalangan makcik di pejabat untuk menjadi taikun kuih raya. Bagi penjuak kuih sedia ada erba sedikit dapat mengkreatifkan bakat yang ada. Sebagai contoh satu adunan kuih mampu menghasilkan lima jenis kuih berbeza nama dan rupa tetapi rasanya sama.

6) Para perokok mampu tidak merokok di siang hari tanpa ada sebagai iklan, sebarang ubat dan sebarang ugutan. Akan tetapi bila kedengaran sahaj azan tangan mula menggeletar macam nampak malaikat maut dekat depan batang hidung.

Di sebalik puasa ada pebagai-bagai benda di dalamnya dan pelbagai-bagai ragam di dalamnya serta lain-lain lagi. Di bulan puasa ini kita dapat melihat pelbagai-bagai berita yang baik dan tidak baik. Diharapkan yang baik berkekalan yang tidak baik dijauhi...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment