PERTAMA
Bangun sahur memang mengikut sunnah tetapi apa maknanya kalau melantak dua tiga pinggan mengisi tangki sampai penuh. Itu pun kalau ada selera, kalau tidak lebih baik membuta sampau subur lebur entah ke mana.
KEDUA
Banyak PARAM (Pasar Ramadhan) yang bersepah-sepah untuk memenuhi nafsu makan anda. Ini adalah acara kemuncak setiap hari di bulan puasa sehingga tahap kena sambung meja untuk letak makanan.
KETIGA
Dapat balik kerja awal dari bulan-bulan puasa. Masa itu apa lagi tidurlah sementara hendak menunggu waktu berbuka.
KEEMPAT
Dapat tukar-tukar juadah berbuka puasa dengan jiran. Memanglah dapat pahala tetapi lepas makan perut sudah kenyang siap kututk jiran punya lauk. Burp!!!
KELIMA
Pergi tarawih sebab kedatangannya setahun sekali dan hendak tunjuk muka sahaja. Dua tiga hari je rajin ke surau dan selepas itu tidak nampak batang hidung pun.
KEENAM
Kalau tidak tahu hendak makan apa, nak masak apa, nak beli apa sebab hari-hari menu yang sama atau pun nak jimat bajet sebab nak beli baju galamour yang ditempah... berbukalah di masjid, dapat makan free lagi.
Puasa ataupun adat? Anda yang menentukan sendiri...
No comments:
Post a Comment