Artikel Menarik

12 August 2012

Niat Seorang Yang Tersembunyi

Niat seorang seseorang memang macam-macam dan ianya bersembunyi dan tidak siapa yang tahu dan boleh melihat kalau orang itu tidak bagi tahu kecuali dia sahaja yang tahu. Berniat seorang tetapi tidak lakukan bila berpeluang itulah sebaiknya. Kalau anda ada terlintas niat serong, fikir la lapan belas kali sebelum laksanakannya... awas!!!

BAKAL AKAUNTAN
"Bila aku menjadi akauntan nanti aku songlap duit, pasti pepandai la aku balancekan akaun itu... nama pun akauntan kan."

BAKAL PEMAIN BOLA SEPAK
"Bila sudah menjadi pemain professional esok aku main ala kadar sahaja sudah la... main bagus pun gaji sama sahaja dengan pemain lain."

BAKAL SUAMI
"Bila khawin dengan dia nanti... lepas habis duit dia aku kebas, harta dia bertukar nama, aku ceraikan la. Aku bukan nak dia tapi harta dia sahaja."

BAKAL MENANTU
"Bila sudah kahwin nanti tahu la aku hasut suami aku itu supaya hantar mak dia ke rumah orang-orang tua. TIdak sanggup aku hendak menjaganya."

BAKAL KETUA KAMPUNG
"BIla aku sudah menjadi ketua kampung nanti lantak la mereka... yang penting aku dapat elaun dengan projek."

BAKAL DREBAR BOS
"Bila dapat kereta mewah bos nanti boleh la aku berlagak macam harta sendiri dekat orang kampung, mereka bukan tahu pun."

BAKAL BERPUASA
"Bila sudah bermula bulan puasa nanti aku hendak jumpa doktor minta surat sakit gastrik. Sakit gastrik kan tidak boleh berlapar."

BAKAL PENULIS BLOG
"Walaupun sudah berpunya, bila menjadi penulis blogger yang paling glamour sudah tentu ramai awek minat... maka aku cakap la belum kahwin lagi supaya lebih ramai awek suka masuk baca blog aku."

Terdapat pelbagai-bagai lagi niat seorang yang boleh anda lihat dan kaji sendiri tanpa perlu diberitahu kerana niat serong ini kemungkinan berlaku kerana kekadang kita ternampak benda yang menarik dan menyebabkan niat menjadi seorang seketika...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment