Ketua Menterinya, Lim Guan Eng ketika membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini, berkata elaun ketua pembangkang juga dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM2,000 sebulan.
"Kerajaan negeri sedar bahawa elaun Adun sebanyak RM4,112.79 sebulan tidak berubah sejak Januari 2004 dan jumlah ini tidak setimpal dengan beban tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada Adun-Adun.
"Oleh yang demikian kerajaan negeri telah bersetuju untuk meminda Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan)(Pindaan) 2005 supaya kadar elaun bulanan ditambah kepada RM6,000 yang akan dibayar pada 1 Jan 2014," katanya.
Pulau Pinang mempunyai 40 Adun dan 10 daripadanya adalah Adun BN yang diwakili oleh Umno.
Guan Eng yang ditemui pemberita kemudian enggan mengulas sama ada gaji ketua menteri dan exco juga akan turut dinaikkan.
"Saya hanya sebut apa yang saya sebut dalam Dewan," katanya.
Dalam pembentangan bajet negeri itu Guan Eng turut mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM700 kepada penjawat awam negeri yang akan dibayar pada bulan depan.
"Keseluruhannya, pemberian bonus kerajaan negeri kepada perkhidmatan awam dalam tahun 2013 ialah satu bulan gaji. Guru-guru dan penyelia Kafa (Kelas Agama dan Fardu Ain) juga akan diberi sebanyak RM400 seorang," katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment