Artikel Menarik

29 November 2013

Tips Memilih Aroma Terapi Yang Sesuai

Apa aroma terapi anda hari ini? Kalau anda nak tahu, aromaterapi dan wanita mempunyai kaitannya tersendiri dalam mempertingkatkan kesihatan tubuh. Jadi, tidak hairanlah kini terdapat pelbagai jenis aromaterapi di pasaran. Apa yang perlu anda lakukan adalah memilih aromaterapi yang sesuai dengan keadaan anda.

1. ROSEMARY
Ia berkesan dalam mempertingkatkan konsentrasi minda. Laporan kajian di dalam International Journal of Neuroscience menyatakan, responden yang menghirup haruman rosemary sepanjang ujian dilakukan, mempamerkan konsentrasi yang lebih baik berbanding yang lain.

2. EUCALYPTUS
Berkesan dalam mengubati demam selesema, kandungan eucalyptol yang ada padanya dapat membantu pesakit mengeluarkan hingus dan kahak.

3. VANILA
Percaya atau tidak, haruman vanilla bertindak mengawal nafsu makan terhadap makanan yang manis.Menurut Hospital St. george, London, England, harumannya akan merangsang fungsi hormone serotonin yang dapat menghilangkan keinginan untuk menikmati makanan yang manis.

4. LAVENDER
Jika anda berhadapan dengan masalah stres, haruman lavender harus dijadikan pilihan. Menurut jurnal Psychiatry Research, dengan hanya menghidu haruman ini selama lima minit sahaja sudah mampu menurunkan tahap hormon kortisol yang terhasil semasa sedang stres.

5. GERMAN CHAMOMILE
Ia berfungsi meredakan senak perut dan sindrom pra mentsruasi. Kandungan yang ada di dalam haruman ini bermanfaat sebagai anti pasmodik yang bertindak merehatkan otot-otot di sekitar rahim.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment