Awal mentari pagi
Ramai menyokong bahawa senaman pada waktu pagi adalah waktu terbaik untuk dilakukan. Waktu ini jugalah antara waktu paling liat untuk anda lakukan senaman. Tapi jangan risau, bonus buat anda yang mampu lakukannya! Ini kerana senaman pagi mampu :
- Mencerdaskan minda dan tenaga untuk melakukan kerja-kerja seharian
- Meningkatkan metabolisma badan serta membakar kalori pada awal pagi
- Membantu otot bergerak lebih baik kerana regangan telah dilakukan sejak awal pagi
- Bagi sesiapa yang sudah terbiasa melakukan senaman pada awal pagi, jadual senaman mereka akan menjadi lebih konsisten kerana kurangnya gangguan pada waktu pagi.
Untuk tidak memberi kejutan terlampau kepada tubuh badan untuk bersenam pada awal pagi, lakukan senaman pemanas badan terlebih dahulu sebelum memulakan senaman berat yang lain.
Petang, malam
Realitinya tidak semua mampu untuk bangun seawal pagi dan bersenam. Jangan risau, ada lagi waktu lain yang juga sesuai untuk anda praktikkan untuk senaman sehari-harian. Petang atau malam merupakan antara waktu ideal selain pagi. Senaman pada waktu petang atau malam dapat membantu:
- Mengurangkan tekanan yang dihadapai seharian kerana otak pada ketika ini akan bertindak lebih aktif dan memfokuskan kepada pergerakkan badan yang dilakukan. Sekaligus akan membuatkan tubuh lebih cergas dan mengalirkan cas-cas positif dalam badan.
- Seeloknya bersenamlah sebelum waktu makan kerana ia dapat mengawal kadar makanan yang diambil pada waktu malam.
- Lebih manfaat buat anda yang bersenam pada waktu petang kerana anda boleh melakukan senaman yang lebih berat berbanding waktu pagi kerana anda mempunyai waktu yang cukup untuk berehat sepanjang malam.
No comments:
Post a Comment