Artikel Menarik

01 December 2013

3 Jenis Nafkah Zahir Yang Suami Wajib Beri Pada Isteri

Soalan:
Apa hukum suami tidak beri nafkah zahir pada isteri?

Ustaz Azhar Idrus:
Suami wajib memberi NAFKAH ZAHIR pada isteri dalam 3 perkara iaitu makan-minum, pakaian dan tempat tinggal.

Termasuk juga dalam nafkah adalah barang-barang keperluan lain seperti alat berhias, bersuci dan ubat-ubatan.

Nafkah makan-minum yang wajib adalah 2 KALI SEHARI sehingga kenyang dan yang selebihnya adalah sunat sahaja. Tetapi jika isteri jenis makan banyak, misalnya sekali makan satu periuk nasi, maka wajib suami beri makan dua periuk sehari! Suami jangan berkira sangat sebab siapa suruh kamu kahwin dengan orang kuat makan?

Nafkah pakaian yang wajib diberi pada isteri adalah 2 pasang setahun "set lengkap" dan selebihnya adalah sunat. Dua pasang itu termasuk baju, kain, tudung, stoking, kasut, dan pakaian dalam. Yang lain-lain adalah sunat dan suami jangan berkira dalam soal ini sebab dia bukan orang lain, dia isteri yang banyak berjasa.

Nafkah tempat tinggal pula adalah rumah yang berpatutan dan bersesuaian dengan keadaan isteri, tak kira samada banglo, flet, rumah atas pokok, khemah, asalkan sesuai dan selamat untuk isteri.

Nafkah-nafkah tersebut adalah HAK ISTERI. Jadi, jika isteri kata "Abang tak payah beri nafkah" maka tidak berdosalah suami. Tetapi jika isteri perlu pada nafkah dan suami mengabaikannya, maka haram dan berdosa besarlah suami dan itu juga mengakibatkan solat dan segala amalannya yang lain tidak diterima.

Ingat!
Jika isteri derhaka pada suami, segala amalan isteri ditolak.
Jika suami abaikan tanggungjawabnya pada isteri, segala amalan suami ditolak.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment