Jam cincin canggih itu direka oleh Gusztav Szikszai yang mana telah memasuki pertandingan cabaran dan selepas gambar produk itu tersebar luas di Internet serta mendapat sambutan orang ramai, Szikszai mendapat idea untuk membuat rekaannya itu menjadi realiti.
Cincin ajaib itu boleh melihat waktu semasa melalui putaran 360 darjah didatangi dengan teknologi Qi iaitu satu teknologi yang memberi kuasa untuk mengecas tanpa menggunakan wayar.
Malahan cincin ini juga mempunyai keupayaan untuk menyala di dalam gelap dengan nyalaan lampu di nombor cincin yang mana memudahkan penguna melihat waktu semasa di malam hari.
Namun setiap ciptaan itu pasti ada kelemahan apabila cincin ini tidak boleh terlalu terdedah ketika mana melakukan perkara yang melibatkan air seperti berenang, mandi dan menyelam tetapi sekiranya setakat membasuh tangan tidak menjadi masalah.
No comments:
Post a Comment