Artikel Menarik

31 July 2009

Adakah migrain atau sakit kepala?

Aku baru pagi tadi buat kali ke-2 aku serang sakit kepala yang melampau.. masa mula-mula tu aku dok rasa macam pening-pening.. aku ingatkan sakit kepala biasa sahaja.. tiba-tiba malam tuh.. kepala sebelah kanan ja dok berdenyut punya lah kuat.. aku tak tahu itu ialah migrain..

Jadi aku pon pergi lah klinik untuk buat rawatan lanjut.. aku tanya doktor sebab apa.. dia check-check dia kata aku tekanan darah rendah.. aku pon dengan pening-pening menjawab.. "BTOL KA?".. doktor itu pon menjawab ya.. jadi dia bagi aku MC 2 hari.. dapat gak berehat.. tetapi dalam rehat 2 hari tuh.. kepala sakit.. nak rehat apa benda.. doktor tuh bagi ubat gak.. tak sihat-sihat pon.. lepas tuh aku buat la cara macam-macam nak bagi hilang pening ni.. akhirnya hilang juga..

Lepas 2 minggu aku ingatkan tidak ada apa-apa dah.. baru pagi tadi.. tiba-tiba kepala ku berdenyut lagi.. aku ingat tidak lama.. selepas itu.. aku buat tak tahu ja la.. tiba-tiba lagi dia mari kembali iaitu denyutan yang begitu menyakitkan di sebelah kanan otak aku ini.. aku letak minyak angin cap kapak.. sekejap sahaja dia sihat dalam 1 minit.. lepas itu berdenyut balik..

Aku pon pergi ke GH iaitu General Hospital.. alaaa.. hospital besar la.. aku dekat sana laju jugak depa layan aku.. aku dengan pening-pening ni.. lepas daftar kat wad kecemasan.. terus masuk.. aku pon masuk.. doktor tanya aku jawab.. selepas itu.. dok ambik darah dan cucuk ubat tahan sakit dekat punggung.. memang tak sakit pon.. keke..

Duduk relax sekejap dekat tempat tunggu uji darah.. lepas tuh kepala aku beransur pulih.. kemungkinan sebab ubat tahan sakit itu kot.. aku pon dah tak pening.. tunggu punya tunggu dengan penuh kebosanan.. aku nampak doktor panggil aku.. dia kata aku ada tanda-tanda awal nak menghidap migrain.. aku kata ALAMAK!.. doktor bagi slip suruh ambik ubah dah rehat banyak-banyak..
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment