Artikel Menarik

29 July 2009

Belajar untuk hidup atau sebaliknya?

Baru tadi aku sembang dengan kawan-kawan aku.. ada yang sudah bekerja ada yang masih mencari kerja.. macam-macam aku mendengar mereka bersembang dah memberi pendapat.. aku yang masih lagi belajar ini dengar sahaja dan memberi sedikit pandangan tentang pembelajaran..

Mereka dahulu ada yang sudah menyesal kerana tidak belajar di waktu persekolahan dan ingin belajar lagi selepas tamatnya SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).. ada seorang kawan aku ini tidak mendapat keputsan yang baik di dalam SPM.. jadi dia ingat sambung belajar.. tetapi tidak boleh.. malah bapanya juga kadang-kadang macam kutuk sahaja anaknya sendiri iaitu kawan aku yang bapanya bagitahu dia hanya patut kerja bengkel sahaja.. tidak patut kerja tinggi-tinggi sebab keputusan pelajaran begitu teruk sekali..

Aku start dari situ terfikir.. apalah terjadi kepada kehidupan ku ini.. aku harap-harap semuanya apabila hendak dewasa atau dikenali sebagai masa depan aku cerah benderang.. jadi aku leh la dapat kerja yang bagus.. tapi apa-apa pon aku kena study dulu..

Perkara yang aku sembang tadi sungguh menginsafkan aku untuk belajar lebih tekun lagi untuk menghadapi masa hadapan yang cerah.. Semoga apa yang aku tulis ini menjadi semangat baru buatku!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment