Artikel Menarik

20 February 2011

Tips Selamat Naik Teksi

Teksi merupakan salah satu pengangkutan awam untuk memudahkan semua orang bergerak. Masih ramai lagi yang tidak tahu beberapa tips agar selamat menaiki teksi. Antara tips agar selamat menaiki teksi ialah...

1) Sebelum menahan teksi pastikan tayar teksi tersebut ada empat, jika korang terlihat tayarnya tiga itu bukan teksi tetapi beca.

2) Korang juga perlu periksa jumlah kerusinya. Kalau korang rasa banyak sangat itu bukan teksi tapi itu adalah bas mini.

3) Tolong beritahu destinasi korang dengan jelas untuk mengelak pemandu teksi berkenaan menghantar korang ke tempat yang lain atau rumahnya.

4) Di pertengahan jalan kalau sedar arah destinasi korang salah, janngan malu untuk bertanya kerana malu bertanya sesat jalan.

5) Pastikan diri korang sudah masuk dan duduk dalam teksi baru bagi isyarat kepada pemandu untuk bergerak.

6) Jangan lompat dari teksi gara-gara nak terlepas dari membayar tambang kerana ini akan menyebabkan kemalangan.

7) Jangan tidur dalam teksi, besar kemungkinan meter teksi akan diubah.

8) Pastikan tambang ke destinasi yang dituju relevan dengan meter teksi.

Korang semua perlu tahu tips yang berguna ini supaya korang selamat menaiki teksi dan berjaya sampai ke destinasi tanpa tersalah arah dan bermasalah!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment