Artikel Menarik

24 June 2013

Jerebu Melanda Malaysia


Jerebu telah melanda Malaysia sejak dua menjak ini disebabkan prmbakaran hutan yang telah berlaku secara terbuka daripada negara jiran kita iaitu Indonesia.

Tetapi bukan itu yang aku ingin ceritakan siapa salah atau betul. Di dalam hal ini kita cuma perlu memikirkan cara untuk menghindari jerebu daripada termasuk di dalam.badan kita ini dengan cara meminum kuantiti air dengan banyak dan disamping itu jikalau boleh memakai topeng muka iaitu mask untuk berlindungi jerebu dan habuk-habuk daripada memasuki ruang penafasan kita.

Di kawasan udara kelihatan kurang jelas seketika kerana IPU begitu tinggi menyebabkan penglihatan terbatas serta kabus.

Disini aku ingin berpesan langkah keselamatan kepada semua. Bahawa sentiasa duduk di dalam rumah ketika sedang jerebu ini untuk mengelakkan sebarang kejadian buruk berlaku untuk diri sendiri dan juga yang terdekat.

Sesama kita doakan agar bencana ini cepat berakhir supaya kita dapat menghirup udara segar daripada udara yang tercemar ini. Amin...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment