Artikel Menarik

15 June 2013

Kursus Oil and Gases (OGE)

Setelah lama menyepi. Kini kembali dengan sedaya upaya untuk memerah otak update blog aku yang tidak seberapa ini.

Aku sekarang ini mengikuti kursus OGE iaitu kursus OIL AND GASES yang di anjurkan oleh PRESTARIANG, AutoDESK dan juga Sapura Kencana Petroleum serta tidak lupa pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kalau tak silap aku.

Kursus ini di anjurkan selama sebulan setengah bersamaan 6 minggu dan minggu terakhir itu kami akan melakukan site visit di Sapura Kencana selama seminggu sahaja.

Disini aku belajar mengenai AutoDESK Inventor Professional 2013 dan juga mengenai OGE yang dikendalikan oleh ANUGERAH HRM.
Pelbagai ilmu aku dapat disini dengan lebih mendalam mengenai OIL AND GASES ini serta dapat belajar mengenai mengendalikan dan membuat rekabentuk / design dengan menggunakan software.

Dan juga jikalau hendak mendapat sijil Professional dan Certificate untuk OGE dan Inventor itu perlulah lulus ujian yang diberi. Jikalau tidak lulus kemungkinan mendapat sijil kehadiran sahaja.

Aku hadir ke kursus ini kerana ingin mengambil segala ilmu yang ada di mana-mana sahaja tanpa mengira waktu dan masa kerana ilmu itu penting. Tambahan pula macam aku ini budak lepasan Diploma Politeknik sahaja.

Minggu depan aku akan menduduki ujian untuk AutoDESK Inventor Professional 2013 dan doakan aku semoga berjaya yer. TERIMA KASIH.

Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

3 comments:

  1. salam...macam mane yer nak ambil kursus ni

    ReplyDelete
  2. is this course nid to pay any fees?

    ReplyDelete