Artikel Menarik

21 March 2011

Di Sebalik MATI

Bila disebut pasal mati... ada yang bergerun. Pada yang jenis kuat mengelamun, ingat umur akan panjang bertahun-tahun sebab tuh buat dosa bertimbun-timbun.

1) Mati akal, jalan mati dan ikat mati walaupun ada perkataan mati tapi kita tidak takut kerana ia memang tidak ada kena mengena dengan kematian atau urusan pengebumian.

2) Tiadanya gelaran Datuk Seri, Datuk Paduka, Datin, PJK, AMN, KWL, ABC dan pelbagai anugerah lain disebut semasa talkin dibaca. Hanyalah gelaran arwah yang kekal bersama korang.

3) Bukan BMW, Ferrari, Waja, Viva, atau bergagai jenis kereta lagi yang membawa korang ke kubur tapi hanyalah van mayat yang jauh bezanya dengan kereta kesayangan semasa korang hidup.

4) Takkan adanya alunan muzik rock, punk, hip hop, balada atau tradisional yang selalu didengar semasa hidup yang mengiringi korang ke lubang kubur kecuali irama tangisan atau ayat-ayat suci.

5) Tiada lagi jeans, skirt, t-shirt atau bermacam fesyen pakaian yang sering dipakai semasa hidup kecuali kain kafan berwarna putih sahaja yang akan dipakaikan tanpa mengira orang miskin atau kaya.

6) Bukan bersemadi di rumah teres, aprtment atau banglo berkolan renang yang slealu dibanggakan semasa hayat tetapi hanya tubuh terbujur kaku sendirian di liang lahad berukuran lebih kurang semuat korang.

Beringatlah kawanku, sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit hidup sebelum mati...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

2 comments:

  1. insaf sungguh bce entry ni...tapi kenapa ada org yg nk mati bunuh diri ek???

    AYUH MATI BUNUH DIRI?

    ReplyDelete
  2. @Odah + One = OdahOne - hurm... jangan skejap sahaja insaf yer..

    ReplyDelete