Artikel Menarik

09 March 2011

Di Sebalik Pisang

Bila bercakap perihal pisang pasti ada yang tergelak hanya dek kerana nama pisang itu sendiri yang tiada langsung lambang kegagahan dan kemewahan di dalamnya, tapi setelah diselidik pisang adalah buah yang hebat kerana...

1) Ia akan menjadi juadahan pencuci mulut utama dan ruji pada majlis-majlis kenduri serta menjadi tumpuan umum di masjid pada hari Jumaat, tidak kepada buah yang lain.

2) Walaupun pisang mempunyai banyak nama sampingan seperti abu, awak, tanduk, emas tapi percayalah bahawa pisang itu sendiri tidak memiliki kad pengenalan original mahupun fotostat.

3) satu-satunya buah yang boleh dimasak, digoreng, disalai, dibuat inti, dikekkan, dibuburkan dan dijadikan pelbagai jenis kuih. Sekali gus tanpa syak wasangka lagi... belum ada lagi tembikai goreng mahupun pengat langsat.

4) walaupun pisang tidak pernah didewasakan akan tetapi untuk mendewasakan kana-kanak lelaki, maka batang pisanglah yang akan menjadi saksi utama kejadian tersebut.

5) Korang tak akan mendengar penyakit jantung berlubang, jantung tersumbat, lemah jantung kepada pokok pisang walaupun jantung pisang terjulut keluar di khalayak ramai tanpa ragu-ragu.

6) Sedar atau tidak sedar bahawa kulit pisang adalah pelokn popular di dalam mahupun di luar negara. Lihat sahaja adegan orang jatuh terpijak kulit buah... buah apa? Ya! sudah tentu kulit pisang!

Jadi, pelbagai guna dan sejarah yang boleh didapati oleh pisang ini, cuma korang perlu selidik banyak lagi supaya pisang itu boleh dijadikan pelbagai guna tanpa ragu-ragu!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment