Artikel Menarik

10 May 2011

Di Sebalik Hantu

Asal sebut hantu semua yang buruk-buruk akan keluar. Tak kisah la dari segi rupa mahupun perangai tapi antara manusia dan hantu ini tak banyak beza, contohnya...

POCONG akan melompat ke mana sahaja tempat yang ia nak pergi akibat daripada diikat pada kaki.
MANUSIA akan melompat di sana sini apabila mendengar muzik di kelab-kelab malam

LANGSUIR memang gemar terbang dan mengganggu manusia dengan ilai tawanya yang seram.
MANUSIA pula gemar naik motor di tengah malam dan bunyi ekzos motor yang bising memang menganggu orang lain.

TOYOL cukup sinonim dengan kerja-kerja mencuri. Kelebihan toyol ialah tidak pernah sama sekali menuduh manusia yang mencuri.
MANUSIA yang pencuri akan bersusah payah menuduh toyol yang mencuri.

Untuk menyeramkan lagi diri HANTU maka diorang akan menyimpan kuku, rambut dan taring yang panjang.
MANUSIA yang berperangai seperti hantu juga akan berbuat perkara yang serupa dan perangai diorang mungkin lebih erhantu dari hantu yang sebenar.

Korang banyak disajikan dengan cerita-cerita HANTU
MANUSIA akan berlakon menjadi hantu tetap; hantu itu sendiri tidak pernah menerima royalti dan mendapat apa-apa anugerah.

Tahukan korang?
HANTU RAYA tidak pernah membuat kuih raya.
PELESIT tak pernah memiliki kenderaan.
HANTU GALAH tak pernah bermain permainan galah panjang.

Kalau diikutkan manusia dan hantu ini jugak makhluk yang dicipta dan kenapa nak takut dan jadi hantu???
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

2 comments:

  1. hantu kak limah takde nak ulas ke??? hehehehehe


    http://jutawan-dinar-iraq.webs.com

    ReplyDelete
  2. @en. suhaimi - takdak lagi.. tgh tunggu idea mari! hehe

    ReplyDelete