Artikel Menarik

19 June 2011

Aktiviti Budak Sekolah Suka Buat

Aku masih ingat lagi zaman sekolah aku kat kampung. Huh, memang best... macam-macam aktiviti aku buat. Korang pun tentu ada aktiviti yang best macam aku kan? Kat bawah ni ada beberapa aktiviti yang budak sekolah suka buat.

MERENTAS DESA
Budak-budak sekolah memang suka kalau bab berjalan atau berbasikal merentas desa, pasal diorang boleh mencilok ikut jalan short cut. Dalam masa yang sama jugak diorang boleh tibai buah-buahan yang sedang masak ranum di pokok-pokok.

ACARA LARI JARAK JAUH
Masa hari sukan diorang suka masuk acara balapan yang lariannya jauh. Bila dah rasa penat, diorang akan buat-buat pengsan pasal pasukan Bulan Sabut Merah gerenti akan datang untuk bagi rawatan kecemasan... yang mana kebanyakan ahlinya perempuan.

MASUK PERTANDINGAN
Bila ada pertandingan seperti pantun, pidato atau syarahan diorang akan masuk. Kena pulak lawan kat sekolah lain, memang diorang suka pasal dapat keluar melawat sekolah lain.

MAIN BOLA
Kebanyakan padang sekolah ni tak rata dan berlopak-lopak. Bila musim hujan kompom keadaan padang jadi best untuk bermain sambil berkubang. Kalau main sesaja gerenti kena marah ngan mak bapak tapi kalau beralasan cikgu suruh training sure selamat.

PERKHEMAHAN
Tak kisah la walauapun aktiviti perkhemahan itu hanya kat padang sekolah tapi keseronokannya memang tak boleh nak cerita. Selain boleh belajar berdikari, dapat pulak melepak lebih lama ngan kawan-kawan sekolah.

Aktiviti di zaman sekolah teramat best dan itu semua hanya kenangan yang terindah yang tidak dapat dilupakan walaupun ada jua keadaan. Macam-macam perasaan kita dapat alami semasa melakukan aktiviti tersebut.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

4 comments:

  1. hahaha terbaik la merentas desa ngn lari jarak jauh tu.. ada muslihat tertentu ye.. hik3

    jemput singgah ANASAURUS :)

    ReplyDelete
  2. @Farhana Jafri - yerp! itu sudah pasti! hehe.. lari ikut shortcut!

    ReplyDelete
  3. erm, sekarang ni boleh dikatakan... budak sekolah dah ramai yang buat blog... jadi boleh kata aktiviti mereka ialah update blog :-D

    ada kenalan diinternet baru pmr dah ada blog dot com sendiri... hebat tak budak sekarang... advance betul..

    ReplyDelete
  4. @Budak Sekolah - betul tuh budak sekolah sebab sekarnag zaman teknologi.. tak kisah kalau budak-budak ada blog :)

    ReplyDelete