Artikel Menarik

07 June 2011

Sebab-Sebab Awek Merajuk

Ish, ish... Apa nak jadi dengan pakwe-pakwe sekarang ini, kebanyakkannya semua tak boleh pakai. Bukan main lagi nak ada awek, bila dah ada tak reti pulak nak jaga elok-elok. Hati perempuan mudah tersentuh dan terasa, jangan la buat diorang merajuk. Antara sebab diorang merajuk adalah kerana...

1) Masa awal berkapel dulu awek tak sempat ajak keluar korang dan pelawa dulu tapi sekarang bila awek ajak keluar macam-macam alasan korang bagi. Kalau kawan yang ajak keluar, tak sempat dia habis cakap korang dah setuju.

2) Awal berkapel dulu bukan main lagi bertanya tarikh lahir siap set dalam henpon. Bila dah lama, tarikh lahir awek tiba-tiba buat-buat tak ingat. Tarikh game bola tu habis kalender diconteng takut miss.

3) Asyik bawak ke tempat makan yang sama. Dah naik muak makan menu yang sama. Cuba la sekali kasi surprise bawak makan kat tempat yang lain pulak. Cuba kawan-kawan dia ajak pi makan kat tempat baru, dari KL turun Melaka pun sanggup.

4) Bila bagi hadiah hari jadi, tak best langsung ala kadar dan asal ada aje. Ntah apa-apa ntah, kalau tiap tahun asyik bagi bunga ingat romantik sangat la tuh. Ntah-ntah petik bunga majlis perbandaran yang melambak kat tepi jalan, ambik je mana ndak.

5) Kalau awek dah planning nak pergi ke satu tempat ngan kengkawannya dan mintak hantar atau jemput mesti beralasan yang bukan-bukan dan seboleh-boleh tak nak.

6) Bila awek bercerita korang buat dengar tak dengar je, macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Cuba korang plak bercerita dan dia buat tak dengar, buat donno je.. tau pulak korang marah.

Diatas ini, diantara sebab-sebab awek korang merajuk. Jadi korang kenal pasti segala perlakuan dan tingkahlaku korang itu korang rasakan betul, walhal tidak pun.. jangan terlalu bangga walaupun korang buat itu nampak betul padahal tidak sekali-kali...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

4 comments: