Artikel Menarik

10 November 2011

Minggu Belajar (Study Week)

Minggu ini merupakan minggu belajar bagi semua Politeknik seMalaysia yang akan menempuhi peperiksaan akhir tahun bagi sesi Jun/Julai 2011 termasuk aku sekali.

Kepada pelajar Politeknik, adakah anda sudah sedia untuk duduk di dalam dewan peperiksaan ataupun dewan kuliah mahupun bilik kuliah untuk hadapi peperiksan akhir(PA) ini? setelah menempuh selama satu semester untuk belajar pelbagai-bagai ilmu yang kita tidak pelajari sepenuhnya di dalam kehidupan kita ini?

Kalau sudah sedia! ya, anda memang boleh masuk dewan peperiksaan sekarang... HEHE! tetapi sabar ada lagi beberapa hari lagi iaitu minggu depan nak start dah peperiksaan akhir. Bagi yang semester 6 kiranya tahun ini merupakan tahun last bagi anda untuk memperjuangkan ilmu anda yang anda belajar selama ini dalam satu kertas sahaja bersama pensel dan pen serta alat tulis yang lain... Projek sudah siap dibentangkan, sekarang fokus pula untuk peperiksaan.

Untuk pelajar yang akan menduduki latihan industri iaitu lebih dikenali sebagai pratikal untuk semua pelajar universiti. Andakah anda sudah sedia? tapi jangan lupa... peperiksaan belum habis lagi. Bagi habis dahulu peperiksaan baru fikir pasal latihan industri! ahaks!

Apa-apa pun semoga berjaya untuk semua pelajar Politeknik dan jugak kolej atau universiti yang lainlah dan yang paling penting ialah pelajar Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Semoga anda berjaya di dalam peperiksaan nanti. Jangan lupa untuk study rajin-rajin. Study smart not study hard!

Pssst : Adakah anda tahu markah penilaian berterusan(PB) anda sebelum menduduki peperiksaan? kalau sudah... kongsilah sikit... baru semangat berkobar-korbar masuk dewan periksaan.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

1 comment:

  1. huhu. x sedia lagi. study week pn mcm xstdy week, bab tme nie penuh ngn kuiz n test 2. n , Alhamdulillah, hari nie dh hbs. markah PB pn tak dpt lagi, agak bingung sbb sem ni paper killer gak la. :)

    ReplyDelete