Artikel Menarik

19 November 2011

Perasmian Radio Penang FM

Semalam merupakan Perasmian Radio Penang FM : Muzik Terbaik Untuk Anda..

Penang FM merupakah Radio Online Pertama di Pulau Pinang dan majoriti semuanya staff tinggal di Pulau Pinang tetapi ada juga orang luar di dalam Penang FM ini seperti Kedah, Perak, Perlis, Kuala Lumpur dan lain-lain lagi yang senegara dengannya.

Semalam Perasmian Radio Penang FM teramat gempak kerana mendapat sambutan ramai daripada Penang FM dan juga Penang Community dimanakah boleh anggarkan semua sekali hadir di dalam 50 orang ke atas dan memang bising habis tempat Bowling di Sunshine Square, Pulau Pinang tersebut.

Pertama sekali bermula dengan Pendaftaran nama sesiapa yang ingin bermain bowling dan selepas itu perlawanan bowling di mulakan dengan rancak sekali. Ada yang menjadi strike, ada juga yang mendapat spare dan ada juga bola asyik longkang sahaja dikerjakan. HEHE!

Selepas itu, upacara potong kek di jalankan dengan pelbagai gelagat peserta untuk tangkap gambar bersama kek tersebut. Memang sungguh meriah sekali.

Upacara yang paling ditunggu-tunggu sekali ialah, upacara penyampaian hadiah dan saguhati kepada peserta-peserta yang menyertai bowling dan juga kepada semua peserta yang bernasib baik untuk memenangi saguhati daripada Penang FM dan juga Penang Community.

Selepas semua itu selesai, semua bertolak ke Naza untuk mengadakan sesi Karaoke di sana pulak sambil minum dan makan.

Bermacam-macam gelagat boleh kita saksikan sehingga ada yang gembira, malu, segan dan lain-lain lagi.

Apa-apa pun Penang FM dan Penang Community memang best.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment