3 hari aku tak online bagaikan 30 hari tidak online dan membuatkan aku menjadi tidak menentu. Mana tidaknya, selalu mengadap komputer dan online tetapi dalam masa 3 hari ini aku mengadap komputer aku nih jugak tetapi bukan online tetapi cuma main games yang agak bosan dan lepas tuh aku geledah folder dan files yang dah jadi macam sarang dan kawasan hutan belantara yang teramat semak.
Sebabnya kenapa ShakRoil tak online?
Disebabkan disini tiada wifi untuk aku nak mintak password dengan cara berbeza daripada yang lain (faham-faham je le) disebabkan perumahan yang aku duduk ini agak baru dan tiada sesiapa yang menggunakan wifi disini.
Lepas itu ShakRoil buat apa?
Aku berjalan satu rumah untuk cari line wifi apa yang ada sekeliling dan aku terjumpa sesuatu tetapi passwordnya begitu protected sangat menyebabkan terpaksa aku cari yang lain dan aku telah terjumpa satu dan aku rasakan line wifi dia terlalu jauh jugak dengan aku! lalu aku angkat sikit laptop aku ini dan dapat jugak. Jenuh jugaklah nak mintak password dengan sejam lebih baru dapat.
Akhir sekali ShakRoil dapat online tak?
Mestilah dapat, kalau tidak kenapa aku boleh tulis blog ini. HAHA! Apa-apa pun aku dah tahu port lokasi bila aku balik rumah aku ini. Jadi, senang sikit tak perlu cari port lain dan melainkan si wifi yang aku mintak password itu tutup wifi dia. HAHA! Keras aku buat sekali lagi macam itu.
Apa-apa pun itulah cerita seorang manusia yang ada berukband tetapi tersangatlah lambat berukband tersebut jadi dia potong berukband tersebut dan akhir sekali mengambil jalan mudah dengan memintak password wifi dengan orang lain dan menyebabkan hal tersebut dia ini balik kampung dan tiba-tiba line wifi disekeliling dia tak kuat. Jadi dengan itu dia tak online beberapa hari sehingga dia ketemukan line wifi di sudut-sudut ruang rumah dia. HAHA!
Apa-apa pun aku dah boleh online sampai aku balik ke tempat asal yang dipenuhi dengan wifi yang begitu laju seperti Unifi dan lain-lain lagi. HAHA!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Macam-macam teori pasal kepupusan binatang-binatang gadang nih tapi betul tak betulnya masih belum boleh disahihkan lagi. Masing-masing fiki...
-
Kepada semua blogger aku nak share sikit tentang ping aggregator yang aku rasakan paling kemas dan senang nak dapatkan visitor ramai iaitu B...
-
Anda menggunakan Microsoft Office 2010 tetapi masih tidak aktif kerana anda tidak mempunyai license key yang sempurna atau kehilangan licens...
-
Sebentar tadi baru aku lepas menonton wayang Klip 3GP : Ganas, Gerun & Ghairah bersama rakan-rakan aku. Rakan-rakan aku yang ajak, kalau ti...
-
Berikut adalah fakta yang boleh tahan jugaklah kelawaknya tapi kalau korang rasa tak lawak. Sah lah yang korang ini tak cool langsung. Di b...
-
1) Lelaki Tak Suka Perempuan Banyak Tanya Korang tahu tak yang kaum Adam ni jenis cepat rimas? Jadi pertanyaan hendaklah K.I.S.S (Keep It ...
-
Berikut adalah ayat mengutuk yang makan dalam sedalamnya, kalau terkena sekali kat batang hidung mulut telinga sendiri, rasa macam nak amb...
-
Hari ini aku rasakan header aku yang lama tidak seberapa cantik dah bagi aku dan aku perlukan header yang baru dan lebih kemas dan cantik. B...
-
Sekarang t-shirt boleh dikatakan bermacam-macam design yang ada pada coraknya sehingga corak yang pelik-pelik muncul di depan atau belakang ...
-
Menu baru KFC yang paling sedap sekali daripada biasa hingga menjilat jari. Sudah makan pasti nak lagi. Kalau order double mesti dapat free ...

rindu yang gan sama internet jika beberapa hari tak online,,hehe
ReplyDelete