Artikel Menarik

28 April 2012

Latihan Industri Politeknik

Aku merupakan seorang pelajar Politeknik Seberang Perai dan mengikuti kurus Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk aku menamatkan latihan industri ataupun dikenali sebagai praktikal aku untuk semester 4 ini di TSG MICRO TECHNOLOGY SDN. BHD. tetapi aku bekerja di TOWA-M iaitu merupakan sub-contrators disitu daripada TSG MICRO TECHNOLOGY SDN. BHD.

Hari berlalu dengan pelbagai aktiviti yang menarik ataupun tidak menarik kita lakukan sepanjang hidup kita. Termasuklah aku di dalam kilang dengan melakukan kerja-kerja di dalam kilang. Kadang-kadang teramat bosan sekali dan kadang-kadang teramat seronok sekali apabila melalui pengalaman bekerja ini.

Pengalaman bekerja melalui masa latihan industri ataupun praktikal ini teramatlah dipenuhi pelbagai-bagai perasaan kerana disitulah kita dapat belajar sesuatu tentang pengalaman bekerja dan disitu jugaklah kita dapat mengenali dengan orang pelbagai usia dengan pelbagai pengalaman yang belum aku pernah tempuhi sepanjang hidup aku ini iatu bergaul dengan orang yang terlebih tua daripada aku sehinggakan ada yang sudah kahwin.

Biasalah, namapun bekerja jadi di dalam sesebuah organisasi tersebut mesti ada pelbagai-bagai umur dan yang paling penting semua orang di tempat bahagian aku kerja itu selalu membantu aku melancarkan latihan industri ataupun praktikal ini apabila sepanjang aku berada disitu dan mereka tidak pernah mengecewakan aku dan sedia menghulurkan bantuan tanpa menunjukkan muka yang bengis ataupun tidak suka terhadap aku.

Aku mengharapkan semoga latihan industri / praktikal yang aku jalani ini disudahi dengan selamat tanpa sebarang masalah yang timbul dan aku sentiasa mendoakan supaya semuanya berjalan dengan lancar... amin...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

6 comments:

  1. aku mau tanya,pelbagai tu kata baku ya di malaysia?hehhe wha anda sibuk ya,,hahha semoga anda cepat menamatkan studi anda :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya tetapi saya kurang pasti kata baku ataupun tidak . hehe . terima kasih kerana memberi kata-kata semangat .

      Delete
  2. salam..singgah sini balas kunjungan..=)
    student psp jgk yer..sy ex student psp..
    smoga berjaya menamatkan practical dgn cemerlang yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana memberi kata dorongan my senior ;)

      Delete
  3. Bekerja dan belajar satu item yang berbeza...
    Kena pandai2 ambik hati senior yang kadang2 ada yang sombong sikit sebab dah senior..hehehehhe
    By the way..apabila dah kenal...all OK..
    Yang penting pandangan pertama tu kita kena bijak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe . Betul tuh . Apabila pandai bergaul . Semua akan jadi ok . Dan jangan terlalu sombong dan angkuh pada setiap perkara yang kta tahu ataupun tidak .

      Delete