Artikel Menarik

28 May 2012

Usop Yusuf Yusof

Usop ialah nama kependekan atau panggilan ringkas dari nama Yusuf atau Yusof. Di kalangan orang putih ataupun mat saleh Yusuf dikenali sebagai sebutan Joseph. Sememangnya nama Yusuf ialah nama seorang Nabi, Nabi Yusuf yang merupakan insan paling kacak, hensem, tampan dan macho dalam duniawi ini. Di bawah adalah beberapa senarai nama Yusof atau Yusuf atau Usop yang mungkin anda kenali...

USOP SONTORIAN
Siri animasi Malaysia keluaran Kharisma Pictures.

USOP KOPRATASA
Seorang anggota dari trio Kopratasa. Masihkan kau ingat, masihkah kau ingat?

YUSUF HASLAM
Pelakon, pengarah dan abah kepada Syamsul Yusof, direktor filem Khufarat. Eh, Khurafat.

YUSUF KELANA
Penulis skrip drama Gerak, Gerak, Gerak Khas... Yusuf Haslam.

YUSUF ISLAM (CAT STEVENS)
Dulu penyanyi, sekarang pendakwah biarpun masih menyanyi. Dunianya bukan lagi Wild World seperti judul lagu hitsnya itu.

YUSUF TAIYOOB
Yang ini jutawan kurma, bukan pakar masak kormak ye!

USOP WILCHA
"Siapa setuju awok lebih popular daripada ShakRoil eWanT, sila angkat tangan macam saye!"

Usop, Yusuf dan Yusof merupakan nama kepada seseorang yang ada namanya seperti nama Usop, Yusuf dan Yusof ini dan jikalau nama anda dekat-dekat bunyinya seperti nama ini adalah boleh juga diterima tetapi senarai di atas ini adalah lebih popular daripada anda. Oleh itu, aku ingin meminta maaf jikalau anda mempunyai nama seperti di atas tetapi tidak disenaraikan. HEHE!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

6 comments:

  1. Jarang dah dengar anak muda yang namanya Yusuf..
    sepanjang akak mengajar (15thun) akak x jumpa lg anak murid yang namanya Yusuf..
    Kawan akak (2 orang).. anaknya meninggalkan dalam perut dan hajat kawan akak nak namakan anaknya Yusuf kalau lahir.
    Kalau dari pengamatan akak.. bukan mudah nak bawa nama ni..
    Kalau diperhatikan orang dulu2.. Yang bernama Yusuf ni selalunya jenis terkenal di kg kerana kebaikannya dan kealimannya. orang kata.. Yusuf ni orang masjid..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye eh kak isza . betul itu , sekarang ini sukar sikit nak jumpa nama yusuf , yusof dan usop ini di kalangan sekarang ini . kemungkinan juga ikut trend zaman kot nama sebegini . :)

      Delete
  2. huhuhh...nama yusuf ni boleh tahan femes gak dan nama islam yg komersial... :)

    ReplyDelete
  3. betul3...Cikmala pong ada kenal sorg namanya YUSOF..org nya lembut je bila bercakap...semayang pong tak tggl

    ReplyDelete
    Replies
    1. tetapi depends on orang itu jugak . tidak semestinya ikut nama . :D

      Delete