Artikel Menarik

22 July 2012

Kata Ganda

Kata ganda ialah perkataan berganda yang mungkin berbunyi sama atau tidak disini aku hendak memberi beberapa contoh perkataan daripada perkataan yang boleh menjadikan kata ganda tetapi berlainan makna. Tunggu apa lagi, mari baca ayat dibawah ini dengan sempurna...

1) Penunggang motosikal diingatkan supaya menunggang motosikal dengan slogan "Tunggang, jangan tunggang-langgang"

2) Permainan sayap kanan negara S. Kunalan diarahkan oleh jurulatih, K. Rajagopal supaya melakukan hantaran lintang ke dalam kawasan kotak penalti tetapi bukan secara lintang-pukang.

3) Para pelajar dinasihatkan supaya membuat ulangkaji mata pelajaran tetapi tidak secara ulang-alik.

4) Mereka yang sedang mengalami sedu perlu meminum sedikit air bagi menghilangkannya tetapi ia tidak sesuai bagi mereka yang sedang sedu-sedan.

5) Pengguna jalan raya diminta memberikan isyarat ke kanan atau ke kiri jika ingin memasuki kawasan simpang tetapi mungkin isyarat yang lebih daripad aitu jika ianya mempunyai simpang-siur.

6) Arahan tulis nama pelawat pada buku catatan adalah prosedur biasa bagi seorang pengunjung sesuatu tempat tetapi mereka bukanlah dikehendaki melakukan perbuatan tulis-menulis seperti karangan atau cerpen.

7) Seorang budak lelaki akan mula tumbuh misai apabila memasuki usia akil baligh tetapi tidak sesekali akan bercambah seperti tumbuh-tumbuhan.

8) Seorang pelajar yang mendapat keputusan kurang memuaskan dalam peperiksaan mungkin akan turun kelas tetapi ia bukanlah disebabkan oleh faktor turun-temurun.

9) Mat rempit tersebut disaman oleh pihak polis krana ada aksi tunggang motosikalnya dilakukan secara tunggang-tonggek.

10) Seorang yang tahu dalam sesuatu perkara belum tentu tahu-menahu dalam perkara yang sama.

11) Apa yang seseorang beli di sebuah pusat beli-belah semestinya perlu dibayar tetapi tidaklah pula perlu dibelah.

12) Seorang pelanggan kedai makan yang merasakan air yang dipesannya tawar boleh meminta pelayan kedai menambahkan susu atau gula tanpa perlu tawar-menawar.

Oleh itu, kata ganda ini ada pelbagai-bagai kata yang boleh digandakan supaya nampak meriah dan kekadang pula nampak pelik kerana kata ganda ini perlu digunakan dengan betul dengan ayat baru nampak sepadan jikalau tidak sebaliknya akan berlaku.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

2 comments: