Artikel Menarik

03 July 2012

Penyerahan Laporan Latihan Industri

lHari ini hari penyerahan laporan latihan industri untuk semua pelajar Latihan Industri sesi Disember 2011 bersamaan dengan tarikh 19 Disember 2011 sehingga 18 Mei 2012.

Penyerahan laporan latihan industri ini seperti pelajar perlu melapor diri setelah tamat latihan industri dan perlu menulis laporan mengikut garis panduan yang diberikan daripada setiap pelajar daripada institusi masing-masing.

Sebentar tadi aku bersyukur kerana penyerahan buku laporan latihan industri aku berjalan dengan lancar dan baik-baik sahaja tanpa sebarang masalah yang dihadapi dan aku mengharapkan juga akan datang juga seperti begitu kerana sekarang ini masih belum selesai kerana perlu melakukan pembentangan slideshow daripada apa yang kita lakukan daripada Latihan Industri daripada menghantar segala laporan Latihan Industri kepada Politeknik Seberang Perai (PSP).

Semasa aku hendak lapor diri untuk penyerahan laporan latihan industri, pensyarah perlu membuat semakan dahulu kepada semua pelajar, adakah membawa semua keperluan yang cukup untuk langkah seterusnya seperti Refleksi Mingguan, Buku Laporan Harian, Laporan Akhir siap berjilid, Sijil Tamat Latihan Industri dan kemungkinan ada yang lain-lain lagi.

Selepas tamat semakan daripada pensyarah, pensyarah akan memberikan seorang yang akan melakukan semakan dan kemungkinan akan mengendalikan proses pembentangan slideshow kelak. Seorang pensyarah akan menerima sebanyak 5-4 pelajar daripada beribu-ribu pensyarah. Mengikut nasib, jikalau dapat yang baik, sempoi, rancak dan lain-lain kemungkinan anda bernasib baik dan sebaliknya.

Selepas melakukan proses semakan yang dijalankan pada pukul 8.30 pagi sehingga 12.00 tengahari dilihatkan semuanya berjalan dengan lancar dan teratur tanpa sebarang masalah yang timbul dan jikalau mempunyai masalah itu, biasalah kekadang kesilapan organisasi, kesilapan pensyarah dan juga kesilapan pensyarah dan juga kesilapan berita semasa kerana tidak begitu tepat untuk panduan-panduan baru dan selanjutnya.

Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

2 comments:

  1. salam..boleh tnyer..dkt psp amek kos aper yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh saja.. shakroil ambil diploma kejuruteraan mekanikal am..

      Delete