1) Pastikan anda bersedia. Tarik nafas dalam-dalam, kawal semua yang menggil agar anda tidak nampak lemah dan boleh dibuli.
2) Pastikan anda ada nombor telefon samseng kampung anda untuk persediaan melawan samseng atau kaki buli jalanan, tidak pun anda melakukan persediaan sahaja nombor 999 di screen telefon agar anda boleh tekan jika ada apa-apa berlaku.
3) Kalau anda yang bersalah, buat muka yang paling sedih dan menyesal agar tidak dimarahi.
4) Turun kereta, buat-buat lupa ingatan. Anda tanya dekat orang yang kemalangan dengan anda... dekat manakah ini? Siapa nama saya ini? Apa sudah terjadi? Pasti mereka akan tergamam.
5) Anda menangislah sekuat hati walaupun tidak cedera sebab kereta anda yang cedera teruk dan poket anda pun akan turut serta cedera parah. Huhuhuhu...
Oleh itu, anda sentiasalah harus bersedia untuk menghadapi kemalangan kelak supaya jikalau anda tidak bersedia dan anda tidak salah orang itu akan menyatakan anda salah juga disebabkan anda trauma disebabkan kemalangan tersebut atau sebaliknya. Persediaan amat penting untuk jikalau berlakunya kemalangan dan kita memang mengharapkan jauhi daripada kemalangan. Semoga segala malapetaka kita dapat tempuhi dengan baik sekali.
No comments:
Post a Comment