Artikel Menarik

04 August 2012

Aktiviti Sebagai Seorang Pelajar

Sudah tiga minggu aku telah masuk Semester 5 di Politeknik Seberang Perai. Begitu banyak lagi tugasan / assignment ataupun kerja-kerja yang aku perlu lakukan untuk Semester 5 ini dan aku merasakan kebanyakkan aktiviti Semester 5 ini lebih kepada membuat laporan / report serta membuat pembentangan / slideshow kerana sudah tiga minggu ini banyak juga kerja yang aku perolehi daripada pensyarah subjek aku ini.

Memang terasa sangat bebal hendak membuat semua ini kerana sebelum ini aku telah menjalani Latihan Industri dan tidak memperlukan aku memerah otak sangat untuk belajar selama 6 bulan dan hanya yang perlu aku buat ialah Laporan Latihan Industri dan itu memang wajib untuk pelajar Latihan Industri.

Kini aku telah kembali ke Politeknik Seberang Perai untuk menyambung pelajaran balik untuk mendapat Diploma Kejuruteraan Mekanikal yang aku idamkan selama ini. Hanya tinggal lagi 2 semester untuk aku tempuhi sebagai seorang pelajar Diploma dan aku kena usaha lebih sedikit untuk mendapatkan Diploma.

Jikalau ada rezeki lebih aku hendak sambung pengajian aku ke peringkat lebih tinggi kerana aku ini bukanlah terlampau genius dan aku tidaklah terlampau bodoh sangat tetapi aku cuba berusaha yang terbaik untuk diri aku sendiri supaya aku dapat membahagikan masa dengan sempurna dan segala cita-cita aku tercapai.

Akhir sekali, aktiviti sebagai pelajar ini perlulah menuntut ilmu dengan ikhlas daripada hati untuk membantu diri sendiri dan segala benda yang ada disekeliling. Ayat yang sebelum ini bermaksud ilmu itu bukan untuk kita sahaja tetapi untuk semua kerana kemungkinan anda mempunyai ilmu yang luar biasa dan jangan kedekut untuk berkongsikan bersama-sama kerana Sharing Is Caring.

Apa-apa pun aktiviti sebagai seorang pelajar teramat menarik kerana disitulah kita belajar erti kehidupan susah dan senang serta tabah menghadapi cabaran hidup terutamanya yang merantau jauh ke negeri orang untuk belajar..
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment