Artikel Menarik

29 October 2013

11 Ditahan Berhubung Pembunuhan Pegawai Ambank

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Seramai 11 orang ditahan berhubung pembunuhan seorang pegawai bank wanita oleh pengawal keselamatan minggu lalu.

"Penahanan yang terbaru dilakukan pada Ahad lalu di Johor," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata penahanan dibuat bagi membantu siasatan dalam mengenal pasti di mana suspek berada.

Namun beliau enggan memberitahu maklumat tentang mereka yang ditahan dan hubungan mereka dengan suspek.

Pembunuhan berlaku pada 24 Oktober lalu apabila seorang pengawal keselamatan menembak mati Norazita Abu Talib, 37, selepas beliau membuka bilik kebal Ambank di Subang Jaya.

Pengawal itu turut melarikan kira-kira RM450,000.

Polis kemudiannya melancarkan gerakan memburu pengawal itu dan menahan beberapa suspek termasuk isteri pengawal tersebut. - BERNAMA

Penahanan 11 orang ini diharap dapat membantu siasatan berkenaan pembunuhan dan perompak pegawai ambank tersebut. 11 orang ini kemungkinan ada berkaitan dengan suspek dan diharap kes perjalanan ini dipercepatkan dan lancar sehingga suspek di bawa ke muka keadilan kerana membunuh dengan kejam sekali.

Siapa dia 11 orang yang di tahan itu aku tidak berapa pasti tetapi yang pasti ada kaitan ataupun hubungan dengan suspek. Kalau tak buat apa Polis Di Raja Malaysa hendak tahan. Betul tak? Kita nanti berita yang selanjut yer...
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment