Artikel Menarik

29 October 2013

Rahsia Kecantikan Orang Korea Dan Jepun


RAHSIA KECANTIKAN ORANG KOREA DAN JEPUN (SECRET BEAUTY)
Kebiasaannya kita sering melihat kecantikan orang korea dan jepun di kaca tv, majalah, surat khabar, internet dan lain-lain lagi. Tahukah anda? terdapat beberapa amalan kecantikan yang mereka amalkan supaya kekal cantik.

Amalan ini kerap di amalkan oleh orang Korea dan Jepun disebabkan itu mereka kekal cantik serta kulit nampak bersih dan berseri.

Antara amalan kecantikan yang mereka gunakan ialah:

1. Orang Jepun dan Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus.

2. Untuk pencuci muka, mereka memilih minyak pencuci (Cleansing Oil) kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah. Pelakon Korea, Suzy Bae mengamalkan teknik 424, di mana dia akan mencuci wajah dengan minyak selama empat minit, diikuti dengan pencuci muka berbusa selama 2 minit dan membilas muka selama 4 minit. Mulakan dengan air suam dan diakhiri dengan air sejuk untuk mengetatkan pori kulit wajah.

3. Penggunaan penyegar wajah adalah sangat penting bagi orang Jepun dan Korea. Ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna. Pemilihan penyegar wajah yang betul penting untuk mengelakkan kulit daripada kering. Orang Jepun memilih penyegar yang mengandungi ethyl alcohol,rubbing alcohol atau isopropyl alcohol. Mereka tidak menggunakan kapas muka dan hanya menggunakan jari untuk menyapunya pada kulit wajah untuk penyerapan yang optimum.

Kalau tidak percaya cubalah, semoga berjaya menjadi cantik seperti orang Korea dan Jepun. Usaha tangga kejayaan. Jangan cepat putus asa nanti tiada apa-apa.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment