Artikel Menarik

03 October 2013

Cek Pertama Daripada Nuffnang

nuffnang
Setelah berkurun lama menggunakan pengiklanan Nuffnang  daripada tahun 2007 sehingga 2013 (lama bukan?) iaitu sebuah syarikat pengiklanan iklan untuk para Blogger dan juga kemungkinan website untuk menjana pendapatan dan kewangan dan dibayar dengan cheque / cek.

Akhirnya aku berjaya mendapat cheque / cek daripada pihak Nuffnang atas hasil titik peluh aku sendiri. Lama juga hendak mendapat duit bayaran daripada Nuffnang ini dan memerlukan pelawat yang ramai untuk masuk ke dalam blog anda itu.

duit nuffnang yang aku dapat

Setelah lebih kurang sebulan aku tunggu untuk mendapatkan cek iaitu bayaran daripada Nuffnang ini dan akhirnya aku mendapat setelah aku balik daripada kerja dan orang tua aku mengatakan ada cek daripada mana tah (orang tua aku tak tahu) bagi RM347.43 dan di hati aku mengatakan ianya daripada Nuffnang!

cek pertama nuffnang
bukti pembayaran Nuffnang kepada www.shakroil.com

Dapat jana duit pendapatan sedikit daripada online ini walaupun hasilnya agak lama juga bertahun-tahun hendak tunggu dan akhirnya berjaya juga aku mendapat bayaran daripada Nuffnang ini dan hal ini mengatakan pembayaran ini iaitu betul (Payment Proof Nuffnang). HEHE!

Kesimpulannya kesabaran itu penting jikalau hendak menjana pendapatan atau duit sampingan ini menggunakan online dan walaupun bayaran dia agak sedikit tetapi memuaskan kerana berjaya mendapat pembayaran daripada nuffnang ini.

Semoga daripada apa yang aku tulis ini menjadi sumber inspirasi dan semangat kepada Blogger baru untuk menggunakan Nuffnang dan diiklankan di dalam blog mereka.

Alhamdullilah, semuanya rezeki aku dan sekarang ini aku sedang mengusaha mencuba bisnes online iaitu menjual spek IbnuSina Eyewear untuk mengurangkan rabun serta masalah mata.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

2 comments:

  1. tahniah .. tapi agak lame nak dapat ,7 tahun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah.. agak lama juga.. papa pon terima kasih yer..

      Delete