Artikel Menarik

04 October 2013

Gambar Blogger Hilang

Pagi tadi aku masuk Blog aku ini menggunakan komputer di tempat kerja aku dan aku agak terkejut kerana tiada gambar satu pun di dalam Blogger aku ini dan aku fikirkan kemungkinan masalah komputer di pejabat kerana agak uzur.

Selepas itu aku cuba menggunakan handphone android aku dan keputusannya masih sama dan aku terfikir kenapa jadi macam ini. Adakah kena upload balik semua gambar yang telah hilang? WTF! Bukan kerja aku kena upload gambar sahaja daripada 2007 aku menjadi blogger sampai sekarang. HUH!

Apa lagi, aku menggunakan khidmat pakcik Google dan mencari berkaitan gambar yang telah hilang di dalam Blogger aku ini dan nasib baik jumpa dan mengatakan bahawa gambar anda di dalam Google Plus atau juga Picasa didalam keadaan not-shared ataupun shared privately.

Aku pun telah kelam kabut membuka akaun Google Plus aku dan Picasa untuk mencuba menjadikkannya Public dan akhirnya berjaya juga timbul gambar yang selama ini hilang tak sampai sehari (gelabah sekejap!) HAHA!

Punca-punca gambar hilang di dalam blog anda kemungkinan disebabkan :
  1. Anda telah menukar setting di album gambar Google+ Profile di mana anda sudah tidak ada shared album.
  2. Anda menukar setting album blogspot anda kepada not-shared atau shared privately
  3. Anda telah menukar setting album gambar anda di dalam Picasaweb.
  4. Anda telah memindahkan gambar yang ada di dalam direktori album di Google+ Profile dan juga Picasaweb ke album lain.
  5. Anda telah buang atau padam gambar-gambar tersebut menerusi aplikasi di telefon pintar Android anda.
  6. Anda telah mansuhkan akaun Picasaweb di dalam sistem telefon pintar Android anda.
  7. Anda telah tanpa sedar format software gambar dalam telefon pintar Android yang menggunakan Google+ Profiles, secara automatik ia telah dipadamkan.

Jadi disebabkan itu aku merasakan punca-punca blog anda kehilangan gambar di dalam blog. Jadi cepat mendapatkan gambar anda balik yer!

Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

2 comments:

  1. baru tahu..thanks for the info :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye KongsiBlog.. aku pun baru tahu tentang benda nih.. huhu.. gambar blog hilang.. cuak juga..

      Delete