Artikel Menarik

06 December 2013

27% Pelajar Di Malaysia Pernah Dibuli

Kajian yang dijalankan terhadap 9,651 pelajar sekolah menengah dan rendah di Malaysia menunjukkan penemuan mengejutkan apabila 27 peratus mengakui mereka pernah dibuli sepanjang melakukan aktiviti online.

Daripada angka peratusan tersebut, 13 peratus lagi mengatakan mereka dibuli setiap hari dengan perkataan atau ayat yang kurang enak didengar atau dibaca. Kajian tersebut dijalankan dengan kerjasama 3 agensi iaitu DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi), CyberSecurity Malaysia dan Kementerian Pendidikan dalam program CyberSAFE di sekolah.

Angka yang mengejutkan itu juga selari dengan peningkatan kes buli siber yang mencecah 407 kes sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini berbanding 300 kes yang dicatatkan sepanjang tahun 2012 yang lepas.

Menurut Dr Amirudin Abdul Wahab selaku ketua pegawai eksekutif CyberSecurity Malaysia, angka tersebut membimbangkan dan merisaukan apatah lagi ia mungkin lebih tinggi memandangkan mungkin banyak kes yang tidak dilaporkan.

Kajian itu juga menunjukkan separuh daripada pelajar memperuntukkan sekurang-kurangnya 8 jam atau kurang dalam seminggu untuk melayari internet dan angka tidak sihat juga menunjukkan terdapat 16 peratus pelajar menghabiskan 28 jam atau lebih masa mereka di internet.

Jenis-jenis buli yang diperlihatkan dan dikesan termasuk:

  • Membuli orang lain di internet
  • Mengugut orang lain di internet
  • Menyamar sebagai orang lain di internet
  • Melihat SMS atau maklumat orang lain tanpa kebenaran
  • Menggodam maklumat online orang lain
  • Mengepos perkara yang tidak benar/bersifat nakal tentang orang lain
  • Melakukan sesuatu yang dianggap lawak tetapi ia menyinggung perasaan orang lain.


Platform buli termasuk:

  • Facebook – 32%
  • SMS – 20%
  • Panggilan telefon – 13%
  • Akaun yang digodam – 11%
  • IM – 9%
  • Emel – 9%
  • Video, YouTube – 8%

Trend buli ini tinggi di kalangan pelajar di negeri seperti Johor, Kelantan dan Perak.

Lebih 65 peratus mangsa buli memaklumkan mereka memaklumkan kejadian kepada ibu bapa masing-masing manakala 6 peratus hanya berdiam diri.

Untuk makluman, Facebook menjadi aktiviti utama para pelajar yang menjadi responden apabila mereka menghabiskan 68 peratus untuk aktiviti tersebut.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment