Artikel Menarik

06 December 2013

Banjir: Cuti 1,100 bomba Johor Dibekukan

SEGAMAT – Cuti 1,100 orang anggota Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di negeri ini dibekukan sehingga banjir yang melanda negeri pulih sepenuhnya, kata Pengarah Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor, Datuk Abdul Ghani Daud.

Menurut Abdul Ghani, pihaknya juga akan bersiap-siaga dalam tempoh 24 jam lebih-lebih lagi untuk menghadapi gelombang kedua banjir pada minggu hadapan.

“Pihak bomba negeri juga akan menggunakan segala kemudahan serta utiliti yang ada dan tidak teragak-agak untuk meminta bantuan daripada negeri lain khususnya Melaka dan Negeri Sembilan sekiranya keadaan memerlukan,” katanya ketika melawat bilik operasi banjir bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Putra, di sini hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah JBPM Johor, Mohd. Yusof Mohd. Gunnos dan Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Putra, Mohd. Aizad Mamat. - KOSMO!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment