Artikel Menarik

06 December 2013

Kematian Nelson Mandela Diratapi Jutaan Rakyat

JOHANNESBURG - Ikon perjuangan anti-aparteid Afrika Selatan dan salah seorang tokoh politik yang disegani pada abad ke-20, Nelson Mandela, telah meninggal dunia pada usia 95 tahun di kediamannya semalam.

Apartheid merupakan sistem yang diamalkan di Afrika Selatan sebelum ini, sistem itu yang dikuatkuasakan nyata bertujuan mendiskriminasikan kaum kulit hitam dari segi politik dan ekonomi.

Mandela yang dipilih sebagai presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan selepas menghabiskan masa selama hampir tiga dekad di dalam penjara, telah menerima rawatan masalah jangkitan paru-paru di rumahnya sejak September lalu, selepas tiga bulan berada di hospital dalam keadaan kritikal.

Keadaannya semakin teruk dan dia meninggal dunia di sisi keluarganya. Berita kematian Mandela itu telah diumumkan oleh Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma secara langsung di televisyen. Zuma berkata, Mandela telah 'pergi' dengan aman.

"Negara kita telah kehilangan anak yang paling hebat. Apa yang membuatkan Nelson Mandela hebat adalah apa yang menjadikan beliau manusia," katanya.

Pernah dianggap sebagai pengganas oleh Amerika Syarikat dan Britain atas sokongannya terhadap keganasan terhadap rejim apartheid, pemenang Hadiah Nobel Keamanan itu menghabiskan masa selama 27 tahun di penjara sebelum dibebaskan pada tahun 1990 untuk memimpin Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) dalam rundingan dengan raja-raja minoriti putih yang berakhir dengan pilihan raya berbilang kaum pertama pada tahun 1994.

Mandela menang pada pilihan raya itu dan telah berkhidmat selama satu penggal sebagai presiden sebelum mengambil peranan baru sebagai negarawan dan pemimpin utama kepada kempen kesedaran mengenai AIDS. Beliau bersara daripada kehidupan umum pada tahun 2004.

Mandela meninggalkan tiga orang anak perempuan, 18 cucu dan sembilan cicit. Beliau mempunyai empat orang anak tiri dan tiga cucu tiri melalui perkahwinan keduanya dengan Graca Machel.

Di Afrika Selatan malah di seluruh dunia, pemergian Mandela diratapi sekalian rakyat dan mereka yang mengikuti falsafah perjuangan beliau.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment