Artikel Menarik

03 December 2013

Motorsikal Mangsa Tiga Beradik Ditemui Di Kawasan Semak

TEMPAT motosikal mangsa dijumpai dikawasan semak sebelah perhentian bas satu kilometer dari rumah mangsa.

Kes bunuh tiga beradik

Alor Setar: Tiga beradik malang yang dilapor menjadi mangsa bunuh, dikatakan meninggalkan motosikal dinaiki di Kampung Gelam, kira-kira satu kilometer (km) dari rumah mereka di Alor Semela, dekat sini, selepas kenderaan itu kehabisan petrol.
Menurut bapa saudara mangsa, Mazlan Ariffin, 51, dia membawa pulang motosikal itu selepas ditemui di kawasan semak berhampiran hentian bas, kira-kira 150 meter dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Gelam, dekat sini, pada pagi Sabtu lalu.

Justeru, Noor Syafika Nadia Rusdi, 14 dan dua adiknya, Nur Izzati Husna, 12 dan Puteri Nurul Akma, 3, dipercayai menaiki kenderaan lain selepas itu.

Bagaimanapun persoalan timbul sama ada mereka dibawa dengan rela hati atau secara paksa.

Mazlan ketika ditemui percaya Noor Syafika sengaja meninggalkan motosikal yang kehabisan petrol kerana ketika ditemui kenderaan itu elok berkunci.

"Saya dan bapa mangsa (Rusdi Rani) terpaksa memanggil mekanik untuk membuka kunci dan menghidupkan motosikal dan sebaik ditunggang untuk dibawa pulang ke rumah, ia tiba-tiba mati di tengah jalan kerana kehabisan minyak.
"Saya tidak tahu sebab sebenar mereka tinggalkan motosikal di situ, tetapi saya percaya mungkin kerana minyak (petrol) sudah habis... mungkin Noor Syafika dan dua adiknya itu berjalan untuk balik kerana jaraknya tidak jauh, lebih-lebih lagi mereka tidak mempunyai kudrat untuk menolak motosikal balik ke rumah," katanya.

Difahamkan, motosikal dinaiki tiga beradik itu ditemui ditinggalkan kira-kira satu km dari rumah mereka selepas bapa mangsa keluar mencari mereka yang tidak pulang selepas keluar dari rumah sejak jam 7.45 malam Jumaat lalu.
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment